Thursday, April 18, 2019

cerdik dan pandai

dalam hidup kita ni.. kita akan jumpa macam-macam orang, kadang sampai satu masa kita tak sangka yang ada sejenis manusia yang memang kita rasa tak kan lah wujud di kalangan kita TAPI memang ada. terkejut bengang, dengan terkejut lucu. tak terfikir masih ada jenis2 begini. dan kalau dikira ..mereka tak sepatutnya berada di tempat itu. tempat orang yang beredukasi.. patut dengan ada ilmu didada dan berada dikalangan yang memberi ilmu, matang adalah kewajipan. namun, ya. lucu. tapi, bukan semua macam kita. bukan semua nak ikut gaya kita. bukan semua akan setuju dengan kita. cantik Allah ciptal manusia. pelbagai. jadi, nk jadi orang.. pilih lah sejenis manakah kamu nk jadi.

dengki dengan hasad ni.. berat maknanya.. timbangan nya berat, kasar sangat nk dibawa di atas bahu masing2 kalau boleh divisualkan dengan mata. tapi disebabkan kehalimunan sifatnya.. dan sangat halus datang menyelit ke kepala masing2 dan tak mahunya dia hilang dengan sewenangnya.. MAKA.. kadang kita tak perasan pun .. tak rasa pun yang kita ni penuh hasad dan dengki.. yang kita rasa "eh, tak boleh mcm tu.." "eh.. mana bolehhh" "eh.. tu bukan caranya.." eh, tak pernah pun org buat mcm tu" so, kita rasa kita yang betul. cuba tukar jadi,.."ohh mcm tu eh.." ohh... boleh juga kan mcm tu.. tak pernah terfikir plak.." eh, ye tak ye jugak.. " eh, tak pernah org buat, tapi why not kan?"

rezeki. Allah dah tentukan mana yang dia mana yang kita.. rezki. tu yang kene letak depan mata dulu..biar jadi penapis sebelum nak saring org yang kita kenal mahupun yg x kenal ni.. tu rezeki dia.. tu nasib baik dia.. tu anugerah dia.. tu bahagian dia.. baru hidup kita tenang..

kita gelak buat bodo bila org kata "insyaAllah rezeki kau nnti ada..Allah nk bg lebih baik" ko gelak. ko cebek. sebab masa tu hasad dengki ko jauh lebih besar depan mata dari REDHA. jadi ko tak nampak apa2 depan ko.

REDHA lah.. be a grateful person. be one.